(Info!) Kenali Ahmad Ammar Ahmad Azam Pemuda Malaysia


[Image: 530484_444137952364692_1297806740_n.jpg]



Ahmad Ammar Ahmad Azam pelajar Malaysia dimuliakan di Turki. Dilaman Sosial, video kenangan Ahmad Ammarmenjadi perkongsian sehinggakan individu boleh sebak dan mengalirkan air mata jika menonton kisah perjalanan pemuda yang berusia 20 tahun itu.
Untuk info, Ahmad Ammar telah pun meninggal dunia pada 2 November 2013 jam 1.30 petang akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki. Jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki kerana beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya. Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai “Syahid yang tertangguh” oleh para sahabatnya.

[Image: images?q=tbn:ANd9GcToEy0BBO2etVuC3sRKBte...VjvjZAX7Iw]

Biodata Ahmad Ammar Ahmaz Azam

Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah diMarmara University (Goztepe) IstanbulAhmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelakiTuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.

Punca Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki

Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara SyriaAhmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammaramat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.


Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki

Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur. Ketika jenazah allahyarham diiring masuk ke dalam masjid, suara Azan Zohor kedengaran seolah2 ALLAH S.W.T menerima kedatangannya ke masjid tersebut.. MashaaALLAH.. wallahualam.. malah ketika jenazah dipertemukan dengan ibubapa allahyarham, dahi dan celah kening allahyarham masih berpeluh, salah satu tanda kematian khusnul khotimah. MashaaALLAH (ALLAH yang Maha Agung).. SubhanALLAH (Maha Suci ALLAH)..


[Image: images?q=tbn:ANd9GcR_ET1Q9IWMHRCA0US1mZ6...h66FPxpmxA]

Alfatihah.

VIDEO:Ahmad Ammar Ahmad Azam dalam kenangan (1993-2013)



لَا إِلٰهَ إِلَّا الله مُحَمَّدٌ رَسُولُ الله

tips mudah mencari muka surat dlm quran

Tips mudah mencari muka surat dlm quran
contoh kalau nak cari juz 5 muka surat ke berapa..
cuba try formula nie..

5-1 = 4
4 kena darab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
letak no 2 lepas jawapan
jadi..juzuk 5 pada muka surat ke 82
sekarang try bukak quran..tengok juz 5 pada muka surat 82

juz 10 ke berapa??
10-1 = 9...
9 darab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
sama mcm atas..letok no 2 lepas jawapan
Jadi, juzuk 10 pada mukasurat 182

Juz23?
23-1 = 22
22darab dengan 2 jadi
22 x 2 = 44 letak no 2 lepas jwpn..
Jadi,...juz 23 adalah pada mukasurat 442

selamat mencuba RCwink